BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

WeStartOurJourney

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29, 2011

Drama 51 : ini baru betol drama habaq hg

kelakar dan pelik melihat manusia sedaya upaya.....
cuba untuk menidakkan suatu kebenaran yang dia sendiri tahu akan kebenaran dalam setiap patah kata yang dia cuba sangkalkan....
adakah dia cuba untuk memberitahu.. dia seorang yang hebat bermain kata2 pujangga terhadap seorang wanita hingga membuatkan si dia terpedaya dan terpersona?..
atau dia cuba untuk menunjukkan bahawa dia seorang lelaki budiman yang dimanipulasi oleh keadaan?...

sedih..amat menyedihkan....
kesian diri kau.. dilihatkan jahat dalam watak ini...
patutkan aku bersimpati?..
mungkin patut aku beri tepukan....
kerana kau berjaya meraih hati mereka yang tak tahu apa sebenar cerita ini.....
pujian terhadap kau mmg patut aku berikan...
kau mmg pelakon handalan... pndai bermain kata-kata untuk tunjukkan kebenaran yang kau sendiri tahu akan kepalsuan dalam setiap baris yg kau cuba sampaikan....

cube kau ingatkan kembali...
setiap kata2 yg pernah kau baitkan kepada aku...
setiap madah yang pernah kau cuba untuk menarik perhatian aku....
sehingga pernah ia mencalar keegoanmu...
adakah ia bukan dari hati?...
adakah ia hanya palsu belaka apa yg pernah kau luahkan terhadap ak?
oh.. mungkin ak syok sendiri...
mna la aku tau kau hanya si lelaki hidung belang yang cuba menarik perhatianku...
lagakmu seperti mereka yang tak tahu untuk berkata dusta dlm tiap perkara...
tapi ternyata..luaran bukanlah pengukurnya....
maaflah..sifat perasan ak ini lebih mendalam rupa-rupanya...

iya..aku tidak mengenali diri kau sedalam dalamnya...
tapi aku kenal siapa diri kau.. dan apa kehidupan kau...
dan apa yang aku katakan.. bukanlah fantasi seperti yang kau katakan...
ia adalah realiti yang kau takut untuk hadapi...
kau takut akan bayang2 sendiri....
sukar untuk percaya dan mengaku realiti yang sebenarnya terjadi...
sbb itulah kau katakan aku hanya berfantasi...
cerita kita bukan khayalan... ia adalah kenyataan....

ingat tak kau di waktu kau dalam kegelisahan dan keresahan?...
tiada tempat untuk meluah rasa yg tersimpan dan rasa tak tertanggung beban yg dipikul dek badan?...
terlepas suatu tanggungjawab yang kau harus laksanakan dek kerana kau seperti orang kehilangan arah tujuan?..
kpd siapa kau dtang untuk ceritakan apa yang terbuku dihati dan apa yang berselirat dalam kotak fikiranmu?...
bukankah aku?...
katakan apa...semua aku tahu akan hal kau....
knp kpd ak kau datang?.. knp tidak org lain?..
tidakkah e2 maknanya.. kau selesa memberitahu aku akan semua perkara sedangkan org yg baik dgn kau pun tak tahu akan keadaan kau yang sebenar......
ataupun kau sengaja adakan cerita agar aku kesiankan diri kau..
lantas buat aku termakan dgn cerita palsu yang cuba kau ciptakan...

tak ada apa lagi yang harus aku katakan lagi..
jika kau masih mahu untuk menafikan setiap apa yang aku katakan...
itu hak kau..
kerana kebenaran yang sebenar hanya kau dan aku saja yang tahu...
atau mungkin aku saja yang tahu...
andai apa yang kau cuba lakukan selama ini adalah lakonan dan penipuan semata mata...
maka cerita aku adalah di atas dasar penipuan kau terhadap aku.. itu saja...
mungkin bagi kau aku hanyalah sandaran....
sandarankah aku.... bila aku sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perkara yg kau lakukan?...
mungkin kau katakan aku hanya perasan sendiri...
tapi kenyataannya...kau saja yang boleh beri jawapan...

 ~dont let ur close friends fall in love with u coz it sucks when the relationships isn't work out...

No comments: